Thursday, 26 June 2008

KPLI, Kerja, Duit, Ikhlas dan Tanggung Jawap

THE STORY



Bahagian 1.

Kali ini merupakan kali ke-5, isteri saya memohon untuk memasuki kursus yang di tawarkan oleh Kementerian Pelajaran melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Dan setiap kali, permohonan yang di buat, setiap kali saya akan menasihatiisteri saya tentang kewajipan dan tanggung jawap menjadi pendidik. Dan setiap permohonan dibuat, beberapa patah perkataan saya katakan kepadanya, "apa-apa pun kerja mesti kena buat dengan penuh minat bukan semata mencari duit untuk kekayaan. Mengajar perlu didahulukan dengan ikhlas. Kalau tak ikhlas, tak minat, tak bertanggung jawap yang memberi keasan kepada masyarakat bukan sekarang. Kesannya, adalah lepas 10-15 tahun akan datang. Apabila anak-anak yang diajar itu menjadi remaja dan peringkat orang muda. Itu adalah hasilnya. dan pada ketika itu, jika kita tersilap, akibat amat teruk yang mungkin sukar untuk diperbetulkan. Disini saya suka katakan konsep pembelajaran "Learning by mistake" bukan satu praktis pembelajaran yang bijak. Tapi "Learning to prevent making mistake" adalah yang terbaik.


Bahagian 2

Dalam beberapa siri percakapan dan sembang dengan kawan-kawan dan saudara mara yang merupakan guru atau pengajar atau pendidik, Secara keseluruhannya mengatakan, yang datang sekarang menjadi cikgu (baru grad atau yang praktikal ) lebih banyak berorintasikan keperluan mencari duit. Bukan merupakan minat dan ikhlas untuk mengajar atau mendidik. Kerana megambil peluang sebagai satu kerja untuk mencari wang. Atas alasan "Susah nak dapat kerja sekarang ni", "kerja jadi cikgu gaji mahal dan kerja mudah" pada tanggapan awal mereka.


THE FACT AND THE LIFE
kalau dilihat sekarang ini berapa kerat la... cikgu .. sekarang yang betul bersifat pendidik. Faktanya, cikgu sekarang kalau jumpa murid murid yang ade masalah disiplin... contoh jumpa pelajar merokok... buat tak nampak ajer... nak ditegur.. nanti banyak kerenah dan kerja...
bak org kata... cikgu kalau nampak pelajar hisap rokok.... bukan pelajar yang lari... tapi cikgu yang menghindarkan diri agar tak terserempak.....

Wednesday, 18 June 2008

LEARN BY MISTAKE.

THE STORY



PART 1

Pada satu hari, saya sekeluarga pergi ke rumah kakak untuk datang melawat. Apabila saya sampai, kami di sambut dengan salaman sebagai satu kebudayaan dalam keluarga.


Setelah setengah jam, saya pergi ke ruang belajar di rumah kakak.


" Abang buat aper?" sambil saya duduk di tepi anak saudara. "Tengah buat latihan tubi matematik" ujarnya.


"Kenapa buat latihan tubi... kenapa kenapa tak belajar konsep" balas saya. " ooo... Matematik kena baca konsep ker.... bukan ker kena buat latihan tubi...belajar teknik menjawap" katanya.


"Belajar konsep lagi ... lagi efektif ... dan lagi bagus.. kerana dengan belajar konsep dan kalau dah paham konsep .. ape permasalahan dalam matematik ... semua akan boleh buat".



PART 2

Tetiba adiknya datang " abang pasu bunga telah pecah ..... adik buat" kata sambil termengah dan ketakutan. "pasu yang mana satu .... ??" "pasu di tepi post box tu....."

"Macammana boleh pecah..?" "adik main kat depan tadi... pastu .. adik terlanggar pastu pecah..."

" Alamak.... nanti sure mama akan marah...." .

"pergi lah abang tolong adik kemas pasu yang pecah tu sebelum mama balik " saya menyapa.


THE FACT AND THE LIFE.....

Kenapa sekarang banyak perkara dalam sistem pembelajaran menggunakan konsep .. "Learn by mistake" ... bagi saya ... itu bukan satu cara pembelajaran .... yang sempurna. .. kerana kita buat kesalahan baru kita belajar......

Sepatutnya.... "Learn to prevent making mistake" ia adalah lebih sempurna...

Jika kesalahan itu adalah satu kesalahan yang melibatkan sesuatu yang melibatkan kebendaan... mungkin kita dapat menerima akibatnya....

Apakah akan berlaku jika kesalahan itu merupakan kesalahan yang melibatkan persoalan agama dan juga maruah.

Amat malang jika ... die melakukan satu kesalahan yang melibatkan persoalan agama dan maruah... kerana akibatnya amat perih dan juga amat berat untuk ditanggung hanya atas dasar.. " saya tak tahu.... sekarang baru saya tahu".

Walaupun ALLAH itu maha pengampun dan pengasihani.....

Yang Pastinya ..... sebelum dan selepas itu adalah tidak sama lagi.

Monday, 16 June 2008

isteri - boleh memasak - suami jadi imam...

THE STORY

"Hek eleh..... ko ni memasak un tak pandai.... saper la nak kan ko" kata lelaki kepada gadis rakan sepejabat.
"tak sayang mulut la tu... ko ingat semua lelaki .. bagus ker..dijadikan suami..., harap muka hensem .... suruh jadi imam .... semua menyorok... tengok hari rabu lepas... selagi uncle din tak datang ... jawapnya... sembahyang tak berimam la...." balas perempuan.
PART 1 - ISTERI - MEMASAK
Syarat utama menjadi isteri mesti boleh memasak - satu kenyataan yang biasa diluahkan oleh lekaki untuk calon isteri.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita didapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Antara persoalan , apakah ukuran kepada kehandalan memasak, boleh masak satu pasukan bola sepak ... atau setiap jamuan yang dimasak ... dihabiskan sehingga menjilat jari.?
PART 2 ; - SUAMI JADI IMAM
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. - tak banyak perempuan meletakkan syarat ini Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Kalaulah perempuan meletakkan syarat, baper ramai ... org lelaki sangkup pergi belajar ..untuk membolehkan dan mendabik dada ... " saya boleh jadi imam kepada isteri"
Apakah ukuran pula bagi lelaki yang menjadi imam... boleh membaca al-fatihah dengan sempurna tajwidnya??
PART 3 - sekarang ni dimana ukuran nya?
Bagi lelaki mungkin masih ramai lagi ... membuatkan syarat untuk menjadi calon isteri..
Bagi Perempuan berapa kerat yang pilih itu sebagai syarat..... yang pasti sayarat utama ....diertikan dengan ungkappan ..."kalau kerja tukang sapu... aku tak ingin." atau ... "muka cam cekodok basi....blah ler.." .
Tapi kekayaan dan kecantikkan itu menjadi satu kebanyakkan org..... baik org lelaki atau pun perempuan .....dalam syarat dalam pemilihan.
THE FACT and THE LIFE
Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS jika diri tidak seindah SULAIMAN. Mengapa mengharap teman setampan YUSOF jika kasih tidak setulus ZULAIKHA. Tidak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM jika diri tidak sekuat HAJAR. Mengapa diharap teman hidup seistimewa KHADIJAH jika diri tidak sesempurna RASULULLAH S.A.W.

Tuesday, 3 June 2008

BEBAN DAN ALAT TIMBANGAN

THE STORY

Bahagian 1

Pada satu hari yang lampau, my kids played inside our house. they played hide and seek game. Suddently, they found counterweight which have been kept below the bed in our guess room. Anak yang paling tua membawa alat timbangan keluar bawah katil. (seingat saya dah lama saya tak tengok dan guna alat timbangan ini) Apa lagi mula la seorang ... sorang menimbang berat masing-masing sambil saya melihat gelagat mereka sambil hisap rokok dunhill di serambi. Setelah mereka selesai si kakaknya terus mendukung adik nya yang paling kecil untuk menimbang berat. Budak kecik baru 8 bulan mana la boleh berdiri. susah la untuk mereka menimbang berat adiknya . . salah seorang cakapla... "kakak dukung adik tengok berapa berat dan pastu tolak la berat kakak" ...... dapatla mereka berat adiknya..... maka tercetus satu idea dalam fikiran mereka seterus nya pada mula nya timbang berdua ... lepas berdua .. bertiga... dah apabila dah tida orang... alat penimbang tu pecah cermin ( made from plastic ) yang ade pada alat penimbang. dan kesemuanya ketakutan akan dimarahi oleh bapanya. Sikecil mula berkata " abah .......... alat timbang dah pecah". Emak nya yang datang terus memarahi anak anaknya dan katakan kenapa duduk atas alat timbangan sampai 3 org..."sekarang dah tak boleh guna dah". masing masing mula diam dan takut terus dimarahi oleh emaknya. sambil masing masing membisik " kakak la " manakala .. si kakak pula kata "adik la yang suruh". Semua terus pergi ke bilik air untuk mandi selepas disuruh oleh emak nya.

Bahagian 11
Selepas agak reda,isteri saya datang menghampiri saya sambil membawa secawan kopi Nescafe 3 in 1. dan duduk disebelah saya lalu memberitahu alat penimbang dah rosak. Saya mula bercerita .... saya ni seumpama alat penimbang juga ... yang fungsi menanggung semua beban yang ada..... jika semua beban beban tersebut tak mengerti dan juga tak memahami sifat dan fungsi alat penimbang ... saya yakin pada satu hari nanti....jika semua beban dan kemahuan agar dapat ape yang diinginkan dan diletakkan keatas alat timbangan tersebut ... maka saya yakin .. pada masa tersebut alat timbangan akan patah dan rosak .....dan pada masa itu ia tak berguna lagi....maka semua org akan rugi.



THE FACT

Everything have thier own functions and limitation. If u force to use beyond its ability, it will be in two conditions: 1. it no more acurate ... 2. its totally broken.



THE LIFE.

Kalau nak fikir pasal keinginan dan nafsu... sampai bila ia tak akan dapat dipenuhi..... kerana nafsu ini adalah seumpama satu bekas bocor di bahagian bawahnya. Semakin banyak air diisi ke dalam bekas .... makin banyak juga air akan keluar. ...dan sampai bila-bila pun... bekas itu tidak akan dipenuhi.