Thursday, 26 June 2008

KPLI, Kerja, Duit, Ikhlas dan Tanggung Jawap

THE STORY



Bahagian 1.

Kali ini merupakan kali ke-5, isteri saya memohon untuk memasuki kursus yang di tawarkan oleh Kementerian Pelajaran melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Dan setiap kali, permohonan yang di buat, setiap kali saya akan menasihatiisteri saya tentang kewajipan dan tanggung jawap menjadi pendidik. Dan setiap permohonan dibuat, beberapa patah perkataan saya katakan kepadanya, "apa-apa pun kerja mesti kena buat dengan penuh minat bukan semata mencari duit untuk kekayaan. Mengajar perlu didahulukan dengan ikhlas. Kalau tak ikhlas, tak minat, tak bertanggung jawap yang memberi keasan kepada masyarakat bukan sekarang. Kesannya, adalah lepas 10-15 tahun akan datang. Apabila anak-anak yang diajar itu menjadi remaja dan peringkat orang muda. Itu adalah hasilnya. dan pada ketika itu, jika kita tersilap, akibat amat teruk yang mungkin sukar untuk diperbetulkan. Disini saya suka katakan konsep pembelajaran "Learning by mistake" bukan satu praktis pembelajaran yang bijak. Tapi "Learning to prevent making mistake" adalah yang terbaik.


Bahagian 2

Dalam beberapa siri percakapan dan sembang dengan kawan-kawan dan saudara mara yang merupakan guru atau pengajar atau pendidik, Secara keseluruhannya mengatakan, yang datang sekarang menjadi cikgu (baru grad atau yang praktikal ) lebih banyak berorintasikan keperluan mencari duit. Bukan merupakan minat dan ikhlas untuk mengajar atau mendidik. Kerana megambil peluang sebagai satu kerja untuk mencari wang. Atas alasan "Susah nak dapat kerja sekarang ni", "kerja jadi cikgu gaji mahal dan kerja mudah" pada tanggapan awal mereka.


THE FACT AND THE LIFE
kalau dilihat sekarang ini berapa kerat la... cikgu .. sekarang yang betul bersifat pendidik. Faktanya, cikgu sekarang kalau jumpa murid murid yang ade masalah disiplin... contoh jumpa pelajar merokok... buat tak nampak ajer... nak ditegur.. nanti banyak kerenah dan kerja...
bak org kata... cikgu kalau nampak pelajar hisap rokok.... bukan pelajar yang lari... tapi cikgu yang menghindarkan diri agar tak terserempak.....

No comments: