THE STORY
Cerita kali diceduk dari filem lakonan TOM HANK dalam filem "CAST AWAY" cuma digubah semula agar .. idea dan pemikiran yang saya ingin sampaikan.
Cerita mengenai seorang yang meletakan harapan doa dan hajat kepada ALLAH.
ceritanya,
Seorang anak kapal tersadai seorang diri di sebuah pulau. Dia telah mendirikan sebuah pondok dan berdoa setiap hari selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya supaya akan ada orang yang menemuinya.
Dia selalu meletakkan harapan dan dia percaya dan yakin dengan sepenuh hatinya bahawa Tuhan akan mendengar doanya hajatnya itu.
Sehingga pada suatu hari bekalan makanannya habis dan dia terpaksa masuk kedalam perut hutan. Si anak kapal ini tetap bersabar dengan hujan panas serta rebut petir yang melanda.
Sekembalinya, pondok didiaminya telah hangus terbakar.
Pada saat itu, dia begitu marah dan bertanya kenapa Tuhan memperlakukannya sedemikian rupa disebalik kesabarannya dengan ujian Tuhan.
Keesokkan harinya, ada sebuah bot kecil menghampiri tepian dn dia menjerit serta melambai-lambai kearahnya. Akhirnya,dia berjaya diselamatkan. Anak kapal tadi bertanyakan pemilik bot, bagaimana dia boleh menjumpainya. Jawabnya, "semalam, saya ternampak asap (dari pondok yang terbakar).
THE FACT
dalam kehidupan seharian... seperti di nyatakan .... langit tidak selalu mendung... dan juga tidak selalu... sering silih berganti... cuma tak setiap malam sering di hiasi dengan bulan purnama dan juga kerdipan bintang dan tidak pula siang hari itu sering panas terik membakar keringat di dahi... ape yang perlu dilakukan... bila sering bersyukur dengan ape yang ade... mungkin itu adalah ujian. Dan setiap doa yang diminta ... tuhan akan memakbulkannya.
Ketahuilah
"Apabila Allah cepat memakbulkan doamu,maka Dia menyayangimu, bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu, bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik."
Oleh itu
Berharap berdoa dan berhajatlah kepada yang ESA.
THE LIFE
" Orang yang yakin dan penuh harap akan nampak Ros dan bukan durinya.
Tetapi mereka yang putus harap selalu akan nampak duri dan tidak bunga rosnya"
Cuba untuk selalu berfikiran positif.
No comments:
Post a Comment