Wednesday, 16 July 2008

BELAJARLAH MENULIS DIATAS BATU

THE STORY

PART 1

Pada waktu dulu, sewaktu diawal perkahwinan, tinggal sang suami dan isteri di sebuah perkampungan ditepi pantai. mereka tinggal berdekatan dengan rumah ayah dan ibu si isteri.

Pada satu hari sedang mejalani kehidupan seharian, Di celah celah kehidupan mereka, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua.

Lalu si suami menghadiahkan satu tamparan hinggap di pipi isterinya. S isteri berasa sangat sakit tetapi tidak bertindakbalas. Tanpa berkata apa-apa, si isteri terus berjumpa ayahnya yang sedang membaiki perahu di tepi pantai. Lalu, si isteri mengadu perbuatan suaminya kepada ayahnya.

"Nak, aku tahu perasaan mu ... coretkan tuliskan perasaan sakit hati mu itu di pasir ini."

Si isteri mencoretkan di atas pasir ; HARI INI SUAMI AKU TELAH MENAMPAR MUKA KU.

Setalah keredaan di dalam hati .. si siteri terus pulang kerumah suaminya.

PART 2

Selang beberapa hari, si suami mengajak isteri dan anak-anaknya ke tepi pantai. Lalu mereka berpakat untuk mandi di tepi pantai. Dalam keasyikan mereka bermain di laut. Sisiteri nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya di selamatkan oleh suaminya. Setelah sedar, lalu terus mereka sekeluarga pulan ke rumah ayah si isterinya.

Kemudian, si siteri menceritakan ape yang berlaku di pantai kepada ayahnya.

Lantas ayahnya menyuruh si isteri menulis di atas batu di tepi pantai tersebut.

Si isteri " terus ke pantai lalu menulis : "HARI INI SUAMI KU TELAH MENYELAMATKAN NYAWA KU." dan si isteri pulang setelah selesai menulis di atas batu.

Setelah selesai solat isyak, si isteri bertanya kan kepada ayahnya.
Kenapa hari ini ayah suruh tulis atas batu... kenapa tidak diatas pasir

Lalu ibunya menyapa, " Dalam kehidupan suami isteri, ketika suami melukai hati kita, kita harus menulis di atas pasir gar bila datang ombak kemaafan menghempas pantai akan menghapuskan tulisan itu. Dan apabila sesuatu luar biasa terjadi, kita harus memahat di atas batu hati kita, agar tidak hilang walaupun dengusan ombak dan badai kemarahan melanda." "itu yang sering diajar oleh arwah atuk kamu kepada ibu"


Si isteri mengganguk sahaja ape yang didengarnya.


THE FACT and THE LIFE

Moral cerita, dalam khidupan seharian kita, sering terjadinya perselisihan paham dan keceriaan di dalam kehidupan suami isteri.... seumpama silih bergantinya siang dan malam.

Tanya hati kita, berapa banyak kita menulis kebaikan di atas keatas kebaikan isteri .... dan berapa banyak kita menulis di atas batu tentang kekurangan isteri dan keburukan isteri.


Begitu juga kaum isteri ... berapa kerapkah kita menulis di atas batu .... tentang kebaikan suami?... atau lebih kerap menulis di atas batu tentang keburukan dan kesilapan suami.??

No comments: